, ,

Langkah Mudah Melangsaikan Hutang Kad Kredit

Friday, June 19, 2009 Leave a Comment

Terperangkap dengan masalah terlalu banyak hutang dengan kad kredit sampai tak tahu nak buat macam mana? Di sini ada 4 langkah mudah untuk membebaskan atau menghapuskan hutang kad kredit anda.

Langkah 1: Senaraikan Semua Hutang Anda
Tulis terang-terang hutang apa dan jumlahnya. Bukan jumlah yang anda kena bayar setiap bulan, tetapi tulis jumlah keseluruhan hutang seperti berikut:
Kad Kredit 1 RM3,000
Kad Kredit 2 RM5,000
Kad Kredit 3 RM7,000
dan seterusnya. Anda mungkin rasa yang ini perkara yang paling asas, tapi mungkin anda terkejut yang ramai orang tak tahu berapa banyak hutang dia. Anda? Nak langsaikan hutang, adalah amat penting anda mesti sedar tahu apa yang anda hutang & kadar faedah yang dikenakan. Baru boleh buat perancangan untuk pembayaran. Tulis besar-besar, terang-terang, cetak dari komputer pun boleh, dan tampal di tempat yang senang dilihat, supaya hari-hari nampak dan ada motivasi sikit. Heh.

Langkah 2: Simpan RM10 Sehari
RM10 tu nampak macam sedikit, tetapi jikalau kita simpan RM10 sehari untuk membayar hutang, dalam setahun kita dah dapat melangsaikan RM3,650 hutang! Dalam masa 3 tahun, kita dapat melangsaikan RM9++ hutang! Senang tak senang? Cuma nak taknak je.. Cukup-cukupla membazir dengan nak beli kopi mahal tu... rokok ke... "fast-food" ke... Berbelanjalah ikut kemampuan... Kalau "blacklist" siapa yang susah?

Langkah 3: Bayar lebih dari "minimum payment"
Sudah semestinya bank inginkan kita membayar "minimum payment" sahaja kerana begitulah cara bank membuat untung ke atas kita! Katakan anda ada hutang RM8 ribu, dan kita hanya bayar RM160 sebulan; kita hanya dapat melangsaikan hutang itu dalam masa 30 tahun! Tetapi, jika kita menggunakan teknik RM10 sehari (Langkah 2), kita dah boleh membebaskan diri kita dari hutang dalam masa 3 tahun. 30 tahun & 3 tahun banyak bezanya kan? Fikir-fikirkan....

Langkah 4: Berhenti Menggunakan Kredit Kad
Tak guna, tak kumpul hutang. Terang, nyata dan jelas.

Masalah berhutang dengan kad kredit ni selalunya datang tanpa kita sedari. Ataupun kita sebenarnya sedar tapi kita buat-buat tak sedar. Nampak itu nak beli, nampak ini nak beli. Duit tak ada tak apa, kad kredit kan ada. Lama kelamaan "max out". Kalau ada 1 kad kredit, lain cerita. Ini ada sampai 2 -3. Nak bayar semua sekali gus tak mampu. Fikir punya fikir, ambik lagi satu kad kredit lah. Boleh buat "balance transfer" pasal kad kredit bank lain boleh bagi kadar faedah 0% untuk jumlah yang dipindahkan. So takdelah kena bayar mahal sangat kan? Salah. Silap-silap, bertambah lagi hutang.

Langkah-langkah yang saya berikan ini memang nampak mudah. Tetapi memerlukan disiplin dan kemahuan atau "will-power" yang amat kuat. Tepuk dada, tanya diri sendiri. Selama mana anda nak berada di dalam keadaan berhutang. Nak mula berniaga tak boleh, nak beli rumah tak boleh, sebab tak cukup modal atau tidak boleh membuat pinjaman bank kerana banyak berhutang. Semua tak boleh, macam mana nak kaya? Jadi ingat kembali apakah matlamat anda dan cekalkan hati.

SEMOGA SUKSES!

0 comments »

Leave your response!