Featured Post

Mentor Jutawan Oleh Irfan Khairi

8 Ikon Jutawan Malaysia mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!
(1) Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, Mentor kepada Irfan Khairi
(2) Azizi Ali, Jurulatih Jutawan
(3) Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
(4) Dato’ Dr Azman Ching Jutawan MLM
(5) Billi Lim, Jutawan Berani gagal
(6) Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
(7) Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
(8) Irfan Khairi, Jutawan Internet (Penulis)

Dapatkan Mentor Jutawan SEKARANG!

,

Menguruskan Hutang Anda

[ Friday, June 19, 2009 | 0 comments ]
Anda mungkin perlu meminjam daripada institusi perbankan untuk pembelian aset seperti rumah atau kenderaan. Walaupun amalan berhutang tidak semestinya sesuatu yang buruk, anda dinasihatkan agak mengurus wang dan hutang anda secara bijak untuk mengelak daripada mengalami masalah kewangan pada masa hadapan.

Untuk mengetahui sama ada anda terlalu banyak berhutang, gunakan nisbah di bawah yang membandingkan nisbah pendapatan bulanan anda dengan pinjaman perumahan, bayaran kad kredit dan ansuran pinjaman kenderaan anda.

Anda harus ingat bahawa pemiutang akan sentiasa merujuk kepada nisbah pendapatan/hutang anda untuk memastikan kedudukan kewangan anda. Oleh itu sentiasa kawal pendapatan dan hutang anda dengan tip-tip berikut:

(1) Meminjam secara berhemat
Jangan meminjam lebih daripada apa yang anda mampu bayar dengan pendapatan anda. Jika anda mengira tahap kemampuan kewangan anda, jangan lupa untuk menyertakan kos-kos tambahan yang mungkin ada. Contohnya jika anda ingin membeli kereta, anda juga perlu mengambil kira perbelanjaan untuk minyak, bayaran tol dan penyelenggaraan.

(2) Urus kad kredit anda dengan bijak
Cuba jelaskan baki anda setiap bulan untuk mengelakkan daripada dikenakan faedah. Caj faedah kad kredit selalunya lebih tinggi berbanding jenis-jenis pinjaman lain.

(3) Kurangkan hutang anda
Cuba kurangkan jumlah hutang anda jika mempunyai wang tambahan untuk mengurangkan caj faedah.

(4) Gunakan kaedah pembayaran bil secara automatik
Cari kemudahan pembayaran automatik agar bil anda sentiasa dibayar tepat pada waktunya.

(5) Buat belanjawan
Sediakan satu belanjawan dan berbelanjalah mengikut pelan itu.

(6) Mulakan simpanan
Mulakan pelan simpanan anda untuk mengurangkan keperluan untuk meminjam bagi sebarang pembelian kecil. Pelan simpanan ini juga berguna pada waktu kecemasan atau kesusahan, seperti untuk menampung hidup anda jika anda kehilangan kerja.
, ,

Langkah Mudah Melangsaikan Hutang Kad Kredit

| 0 comments ]
Terperangkap dengan masalah terlalu banyak hutang dengan kad kredit sampai tak tahu nak buat macam mana? Di sini ada 4 langkah mudah untuk membebaskan atau menghapuskan hutang kad kredit anda.

Langkah 1: Senaraikan Semua Hutang Anda
Tulis terang-terang hutang apa dan jumlahnya. Bukan jumlah yang anda kena bayar setiap bulan, tetapi tulis jumlah keseluruhan hutang seperti berikut:
Kad Kredit 1 RM3,000
Kad Kredit 2 RM5,000
Kad Kredit 3 RM7,000
dan seterusnya. Anda mungkin rasa yang ini perkara yang paling asas, tapi mungkin anda terkejut yang ramai orang tak tahu berapa banyak hutang dia. Anda? Nak langsaikan hutang, adalah amat penting anda mesti sedar tahu apa yang anda hutang & kadar faedah yang dikenakan. Baru boleh buat perancangan untuk pembayaran. Tulis besar-besar, terang-terang, cetak dari komputer pun boleh, dan tampal di tempat yang senang dilihat, supaya hari-hari nampak dan ada motivasi sikit. Heh.

Langkah 2: Simpan RM10 Sehari
RM10 tu nampak macam sedikit, tetapi jikalau kita simpan RM10 sehari untuk membayar hutang, dalam setahun kita dah dapat melangsaikan RM3,650 hutang! Dalam masa 3 tahun, kita dapat melangsaikan RM9++ hutang! Senang tak senang? Cuma nak taknak je.. Cukup-cukupla membazir dengan nak beli kopi mahal tu... rokok ke... "fast-food" ke... Berbelanjalah ikut kemampuan... Kalau "blacklist" siapa yang susah?

Langkah 3: Bayar lebih dari "minimum payment"
Sudah semestinya bank inginkan kita membayar "minimum payment" sahaja kerana begitulah cara bank membuat untung ke atas kita! Katakan anda ada hutang RM8 ribu, dan kita hanya bayar RM160 sebulan; kita hanya dapat melangsaikan hutang itu dalam masa 30 tahun! Tetapi, jika kita menggunakan teknik RM10 sehari (Langkah 2), kita dah boleh membebaskan diri kita dari hutang dalam masa 3 tahun. 30 tahun & 3 tahun banyak bezanya kan? Fikir-fikirkan....

Langkah 4: Berhenti Menggunakan Kredit Kad
Tak guna, tak kumpul hutang. Terang, nyata dan jelas.

Masalah berhutang dengan kad kredit ni selalunya datang tanpa kita sedari. Ataupun kita sebenarnya sedar tapi kita buat-buat tak sedar. Nampak itu nak beli, nampak ini nak beli. Duit tak ada tak apa, kad kredit kan ada. Lama kelamaan "max out". Kalau ada 1 kad kredit, lain cerita. Ini ada sampai 2 -3. Nak bayar semua sekali gus tak mampu. Fikir punya fikir, ambik lagi satu kad kredit lah. Boleh buat "balance transfer" pasal kad kredit bank lain boleh bagi kadar faedah 0% untuk jumlah yang dipindahkan. So takdelah kena bayar mahal sangat kan? Salah. Silap-silap, bertambah lagi hutang.

Langkah-langkah yang saya berikan ini memang nampak mudah. Tetapi memerlukan disiplin dan kemahuan atau "will-power" yang amat kuat. Tepuk dada, tanya diri sendiri. Selama mana anda nak berada di dalam keadaan berhutang. Nak mula berniaga tak boleh, nak beli rumah tak boleh, sebab tak cukup modal atau tidak boleh membuat pinjaman bank kerana banyak berhutang. Semua tak boleh, macam mana nak kaya? Jadi ingat kembali apakah matlamat anda dan cekalkan hati.

SEMOGA SUKSES!